PEMBUKAAN BOOTH PTPK DI PAMERAN KERJAYA SEMPENA PROGRAM AZAM KERJA

Posted on | By Ptpk | In






Salam kemahiran, PTPK telah dijemput untuk sama-sama menjayakan satu pameran kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada tarikh dan tempat seperti berikut,
  
                                                                                           
  27 & 28 November (Sabtu & Ahad)
  Bertempat di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur

  04 & 05 Disember 2010 ( Sabtu & Ahad)
  Bertempat di PPR Pantai Dalam, Kuala Lumpur

  18 & 19 Disember 2010 (Sabtu & Ahad)
  Bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur

Masa    :    8.00 pagi – 4.00 petang 

Sehubungan dengan itu, PTPK akan membuka satu kaunter untuk orang ramai khususnya bakal peminjam, peminjam dan bekas peminjam untuk bertemu bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan PTPK dan pinjaman latihan kemahiran. Jumpa anda disana!!





 

LATAR BELAKANG PTPK

Posted on | By Ptpk | In

Selamat datang ke laman Blog Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Laman Blog dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan agensi ini kepada orang awam disamping menjadi saluran alternatif penyampaian maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami kepada golongan belia dan lepasan sekolah, institusi pengajian awam dan swasta, pekerja dan majikan serta mereka yang berminat di dalam bidang kemahiran. Ianya turut menyediakan sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia. Kementerian Sumber Manusia dan agensi Kerajaan yang lain. Laman  ini  juga membolehkan PTPK berinteraksi dengan pelatih - pelatih kemahiran yang pernah dibantu oleh PTPK bagi mengetahui kejayaan yang dicapai. Di samping itu, adalah diharapkan pengunjung blog dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya laman blog ini sentiasa dikemaskini agar ianya dapat membantu pengguna-penggunanya. Semoga maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman blog ini memberikan tamabahan maklumat lagi kepada masyarakat yang berminat dalam kemahiran di luar sana. Sekian, selamat melayari laman blog .

MAJLIS BERSAMA TIMBALAN MENTERI

Posted on | By Ptpk | In


PROGRAM KERJAYA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA SEMPENA ROMPIN FEST


Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah dijemput oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk mengadakan pameran dan kaunter bayar balik sempena Program Kerjaya Bersama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia bertempat di

Pantai Hiburan Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur
11 Jun hingga 13 Jun 2010 (Jumaat hingga Ahad)
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.



MAJLIS FORUM Y.B. TIMBALAN MENTERI BERSAMA URUSETIA SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC) , WAKIL INDUSTRI DAN PENYEDIA LATIHAN SERTA PROGRAM KOLOKIUM GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2010


Kemeneterian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan megadakan Majlis Forum Y.B. Timbalan Menteri bersama urusetia Sabah Development Corridor (SDC) , Wakil Industri dan Penyedia Latihan beserta Program Kolokium Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Sabah bertempat di ILP Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Jun 2010. Program tersebut mendapat kerjasama daripada KSM, SDC, BPTV, JPN Sabah , JTK Sabah, JPK, JTM dan FeMAC.

KOLOKIUM GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Posted on | By Ptpk | In


Dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan megadakan Program Kolokium Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Melaka bertempat di ADTEC Melaka pada 01 Jun 2010. Program tersebut mendapat kerjasama daripada BPTV, JPN Melaka, JTK, JPK, JTM dan FeMAC . Maklumat program adalah seperti di Lampiran.

SESI ATURCARA

  1. Pentauliahan, Persijilan dan Hala Tuju Dalam Bidang Kemahiran Bagi Memenuhi Permintaan Industri

  2. Peranan PLS dalam Latihan Kemahiran

  3. Taklimat bekas pelajar yang berjaya dalam Latihan Kemahiran oleh En. Henry Tan Hock Seng , CEO - IHS Innovations Sdn Bhd

  4. Forum bersama JPK, JTK, PTPK, JTM, BPTV dan FeMAC (Sesi Soal Jawab)
BERTEMPAT :

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Bandar Vendor Taboh Naning,
78000 Alor Gajah,Melaka.

Telefon : 06 - 552 7221
Faksimili : 06 - 552 7231