LATAR BELAKANG PTPK

Posted on | By Ptpk | In

Selamat datang ke laman Blog Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Laman Blog dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan agensi ini kepada orang awam disamping menjadi saluran alternatif penyampaian maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami kepada golongan belia dan lepasan sekolah, institusi pengajian awam dan swasta, pekerja dan majikan serta mereka yang berminat di dalam bidang kemahiran. Ianya turut menyediakan sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia. Kementerian Sumber Manusia dan agensi Kerajaan yang lain. Laman  ini  juga membolehkan PTPK berinteraksi dengan pelatih - pelatih kemahiran yang pernah dibantu oleh PTPK bagi mengetahui kejayaan yang dicapai. Di samping itu, adalah diharapkan pengunjung blog dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya laman blog ini sentiasa dikemaskini agar ianya dapat membantu pengguna-penggunanya. Semoga maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman blog ini memberikan tamabahan maklumat lagi kepada masyarakat yang berminat dalam kemahiran di luar sana. Sekian, selamat melayari laman blog .