JELASKAN SEGERA PINJAMAN PTPK

Posted on | By Ptpk | In


SEPANG 8 April - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mencari 6,369 peminjam tabung itu yang masih belum membuat pembayaran balik membabitkan hutang berjumlah RM13 juta.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, keengganan membayar balik pinjaman menyebabkan PTPK di bawah Kementerian Sumber Manusia hanya boleh meluluskan 8,650 permohonan tahun ini.Katanya, permohonan baru itu melibatkan dana berjumlah RM100 juta.


"Sekiranya peminjam tegar dapat membayar balik pinjaman mereka, mungkin kita dapat meluluskan lebih banyak permohonan pada tahun ini."Oleh itu, saya menyeru semua peminjam supaya melunaskan hutang mereka dengan kadar segera supaya orang lain turut menikmati peluang tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 233 graduan pada Majlis Konvokesyen Kolej MCS kali kelima, di sini hari ini.