Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

LATIHAN KEMAHIRAN DISELARAS

Posted on | By Ptpk | In




MEB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020.
Selanjutnya..

Kenyataan Akhbar Mengenai Sesi Taklimat Dan Temuduga Program DKM dan SKM

Posted on | By Ptpk | In

“PENGUMUMAN:




Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tidak mempunyai kaitan dengan syarikat/individu yang membuat pengambilan pelatih untuk kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Latihan Kemahiran Malaysia (DLKM) seperti yang diadakan:di Hall 5, Putrajaya International Convension Centre (PICC), Putrajaya pada 1-2 Mei 2010 dan di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 15-16 Mei 2010.



Penggunaan logo Kerajaan Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan PTPK telah disalahgunakan oleh syarikat/individu ini. Perlu diingatkan PTPK tidak menjanjikan untuk memberi pinjaman. PTPK juga tidak bertanggungjawab ke atas akibat dan kerugian yang dihadapi.”

JELASKAN SEGERA PINJAMAN PTPK

Posted on | By Ptpk | In


SEPANG 8 April - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mencari 6,369 peminjam tabung itu yang masih belum membuat pembayaran balik membabitkan hutang berjumlah RM13 juta.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, keengganan membayar balik pinjaman menyebabkan PTPK di bawah Kementerian Sumber Manusia hanya boleh meluluskan 8,650 permohonan tahun ini.Katanya, permohonan baru itu melibatkan dana berjumlah RM100 juta.


"Sekiranya peminjam tegar dapat membayar balik pinjaman mereka, mungkin kita dapat meluluskan lebih banyak permohonan pada tahun ini."Oleh itu, saya menyeru semua peminjam supaya melunaskan hutang mereka dengan kadar segera supaya orang lain turut menikmati peluang tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 233 graduan pada Majlis Konvokesyen Kolej MCS kali kelima, di sini hari ini.


PTPK Sedia Dana Bantu Pelajar Tercicir Jadi Pekerja Mahir

Posted on | By Ptpk | In

Selaras dengan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2002-2020 iaitu untuk melahirkan kira-kira 5.45 juta tenaga kerja berkemahiran menjelang 2020, kerajaan mewujudkan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang memberi pembiayaan kepada pelajar memasuki institusi latihan kemahiran.

Berita Selanjutnya : seterusnya