CARA BAYARAN YANG EFEKTIF

Posted on | By Ptpk | In

DESKRIPSI CARTA CARA PEMBAYARAN YANG EFEKTIF


KAUNTER  

  1. BSN- Pembayaran melalui kaunter bsn menggunakan borang deposit / bayaran Ptpk yang terdapat dis emua cawangan BSN dimana proses di bank adalah selama 5hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar di PTPK 
  2. POS MALAYSIA - Pembayaran melalui kaunter pos malaysia menggunakan borang deposit bayaran PTPK yang terdapat di semua Cawangan Pejabat Pos dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk di proses di PTPK tidak lebih dari 5 hari 
  3. BERGERAK - Pembayaran melalui kaunter bergerak PTPK boleh dibuat pada masa semasa di lokasi- lokasi tertentu. Pembayaran boleh dibuat terus secara tunai/kiriman wang/wang pos/draf bank/banker's cheque. Pastikan resit bayaran diterima sebelum meninggalkan kaunter selepas membuat bayaran dimana proses di bank selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih 3 hari bekerja. 
  4. PTPK - Pembayaran melalui kaunter pejabat PTPK boleh dibuat dialamat Kaunter Bayaran PTPK, Aras 4, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530 Kuala Lumpur. Pembayaran boleh dibuat terus secara tunai/kiriman wang/wang pos/draf bank / Banker's Cheque. Pastikan resit bayaran diterima sebelum meninggalkan kaunter selepas membuat bayaran dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja. 
  5. BANK - Pembayaran melalui bank boleh secara Arahan Tetap (Standing Instruction)hanya boleh dibuat kepada pemegang akaun bank BSN sahaja. Dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.

INTERNET 
  1. POS ONLINE - Pembayaran melalui POSOnline boleh dibuat dengan melayari laman web www.posonline.com.my/ecommerce dimana proses di bank adalah selama 1hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2 hari bekerja
  2. CIMB Clicks - Pembayaran melalui CIMB Clicks boleh dibuat dengan melayari laman web www.cimbclicks.com.my dimana proses di bank adalah selama 1 hari transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2hari bekerja. 
  3. BAZAAR - Pembayaran melalui bazaar online boleh dibuat dengan melayari laman webwww.cimbclicks.com.my/bazaar dimana proses di bank adalah selama 1 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2hari bekerja.
POS /EMEL 
  1. DRAFT BANK - Pembayaran secara Pos / Mel bagi draf bank dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia,Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman draf bank dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1hari bekerja.
  2. CEK - Pembayaran secara Pos / Mel bagi cek dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman cek dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
  3. WANG POS - Pembayaran secara Pos / Mel bagi wang pos dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman wang pos dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
  4. KIRIMAN WANG - Pembayaran secara Pos / Mel bagi kiriman wang dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman wang dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
  5. MAJIKAN - Pembayaran melalui majikan secara potongan gaji bagi swasta/kerajaan juga boleh dibuat dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar
    untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.

JELASKAN SEGERA PINJAMAN PTPK

Posted on | By Ptpk | In


SEPANG 8 April - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mencari 6,369 peminjam tabung itu yang masih belum membuat pembayaran balik membabitkan hutang berjumlah RM13 juta.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, keengganan membayar balik pinjaman menyebabkan PTPK di bawah Kementerian Sumber Manusia hanya boleh meluluskan 8,650 permohonan tahun ini.Katanya, permohonan baru itu melibatkan dana berjumlah RM100 juta.


"Sekiranya peminjam tegar dapat membayar balik pinjaman mereka, mungkin kita dapat meluluskan lebih banyak permohonan pada tahun ini."Oleh itu, saya menyeru semua peminjam supaya melunaskan hutang mereka dengan kadar segera supaya orang lain turut menikmati peluang tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 233 graduan pada Majlis Konvokesyen Kolej MCS kali kelima, di sini hari ini.


Pusat Maklumat Kerjaya

Posted on | By Ptpk | In


Pusat maklumat kerjaya berfungsi sebagai 'one stop centre' bagi semua golongan pencari kerja bagi persediaan yang melengkapkan diri untuk mencari kerja. Ia juga berfungsi untuk memberi bimbingan kerjaya dan menyampaikan maklumat kepada semua lapisan pencari kerja ( siswazah dan bukan siswazah ).

untuk maklumat lanjut sila layari :-

PTPK Sedia Dana Bantu Pelajar Tercicir Jadi Pekerja Mahir

Posted on | By Ptpk | In

Selaras dengan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2002-2020 iaitu untuk melahirkan kira-kira 5.45 juta tenaga kerja berkemahiran menjelang 2020, kerajaan mewujudkan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang memberi pembiayaan kepada pelajar memasuki institusi latihan kemahiran.

Berita Selanjutnya : seterusnya


ALUMNI WEB FORM

Posted on | By Ptpk | In


Kewujudan alumni di blogspot ini adalah untuk pengisian borang online, borang ini juga akan disediakan di penyedia latihan awam dan swasta secara bertulis. Dapatmembantu pelatih mendapat peluang pekerjaan dengan cara job matching, sama seperti job malaysia dan jobstreet. disini kami sediakan link untuk alumni form cuma and perlu klik di laman web dibawah: