CARA BAYARAN YANG EFEKTIF
Posted on | By Ptpk | In Bayaran Balik
DESKRIPSI CARTA CARA PEMBAYARAN YANG EFEKTIF
KAUNTER
- BSN- Pembayaran melalui kaunter bsn menggunakan borang deposit / bayaran Ptpk yang terdapat dis emua cawangan BSN dimana proses di bank adalah selama 5hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar di PTPK
- POS MALAYSIA - Pembayaran melalui kaunter pos malaysia menggunakan borang deposit bayaran PTPK yang terdapat di semua Cawangan Pejabat Pos dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk di proses di PTPK tidak lebih dari 5 hari
- BERGERAK - Pembayaran melalui kaunter bergerak PTPK boleh dibuat pada masa semasa di lokasi- lokasi tertentu. Pembayaran boleh dibuat terus secara tunai/kiriman wang/wang pos/draf bank/banker's cheque. Pastikan resit bayaran diterima sebelum meninggalkan kaunter selepas membuat bayaran dimana proses di bank selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih 3 hari bekerja.
- PTPK - Pembayaran melalui kaunter pejabat PTPK boleh dibuat dialamat Kaunter Bayaran PTPK, Aras 4, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530 Kuala Lumpur. Pembayaran boleh dibuat terus secara tunai/kiriman wang/wang pos/draf bank / Banker's Cheque. Pastikan resit bayaran diterima sebelum meninggalkan kaunter selepas membuat bayaran dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
- BANK - Pembayaran melalui bank boleh secara Arahan Tetap (Standing Instruction)hanya boleh dibuat kepada pemegang akaun bank BSN sahaja. Dimana proses di bank adalah selama 5 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
INTERNET
- POS ONLINE - Pembayaran melalui POSOnline boleh dibuat dengan melayari laman web www.posonline.com.my/ecommerce dimana proses di bank adalah selama 1hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2 hari bekerja
- CIMB Clicks - Pembayaran melalui CIMB Clicks boleh dibuat dengan melayari laman web www.cimbclicks.com.my dimana proses di bank adalah selama 1 hari transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2hari bekerja.
- BAZAAR - Pembayaran melalui bazaar online boleh dibuat dengan melayari laman webwww.cimbclicks.com.my/bazaar dimana proses di bank adalah selama 1 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 2hari bekerja.
- DRAFT BANK - Pembayaran secara Pos / Mel bagi draf bank dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia,Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman draf bank dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1hari bekerja.
- CEK - Pembayaran secara Pos / Mel bagi cek dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman cek dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja. - WANG POS - Pembayaran secara Pos / Mel bagi wang pos dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman wang pos dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja. - KIRIMAN WANG - Pembayaran secara Pos / Mel bagi kiriman wang dibayar di atas nama "Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan dialamatkan kepada Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Aras 3, Blok I (Selatan), Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50530, Kuala Lumpur (u.p: Cawangan Kewangan dan Akaun). Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam. nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang kiriman wang dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja. - MAJIKAN - Pembayaran melalui majikan secara potongan gaji bagi swasta/kerajaan juga boleh dibuat dimana proses di bank adalah selama 3 hari dan transaksi yang berjaya akan dihantar
untuk diproses di PTPK tidak lebih dari 1 hari bekerja.
Comments (0)
Post a Comment