Kenyataan Akhbar Mengenai Sesi Taklimat Dan Temuduga Program DKM dan SKM

Posted on | By Ptpk | In

“PENGUMUMAN:




Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tidak mempunyai kaitan dengan syarikat/individu yang membuat pengambilan pelatih untuk kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Latihan Kemahiran Malaysia (DLKM) seperti yang diadakan:di Hall 5, Putrajaya International Convension Centre (PICC), Putrajaya pada 1-2 Mei 2010 dan di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 15-16 Mei 2010.



Penggunaan logo Kerajaan Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan PTPK telah disalahgunakan oleh syarikat/individu ini. Perlu diingatkan PTPK tidak menjanjikan untuk memberi pinjaman. PTPK juga tidak bertanggungjawab ke atas akibat dan kerugian yang dihadapi.”

Comments (0)

Post a Comment