KADAR DAN PENGIRAAN CAJ PENTADBIRAN

Posted on | By Ptpk | In

Pengertian Kos Pentadbiran / Caj Pentadbiran

Kos pentadbiran adalah kos yang dikenakan keatas pinjaman seperti yang dinyatakan didalam perjanjian yang ditandatangani. Kos pentadbiran akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pinjaman mana lebih awal. Kadar 3 % akan dikira atas baki pinjaman bulanan. Kos yang dikenakan tidak boleh dikurangkan. Sila ambil perhatian bahawa kadar 3% yang dikenakan bukan keatas jumlah keseluruhan tetapi 3% caj pentadbiran adalah dari baki setiap bulan.

Pengiraan Kos Pentadbiran
Disini disertakan kaedah pengiraan yang mudah agar peminjam dapat memahami dan membuat pengiraan sendiri. Secara tidak langsung pinjaman dapat diselesaikan secara tepat dan menepati masa pengiraan ini adalah berdasarkan penyata bayaran balik.

Formula Pengiraan 

3% x Jumlah pinjaman + caj tadbir - ( kadar bayaran bulanan x Bulan Tunggakan )
                                             Tempoh bagi setahun



Kos perkhidmatan yang dikenakan setiap bulan hanya akan diambilkira 1hb bermula dari bulan patut bayar. Bagi mengelakkan kos pentadbiran dikenakan pada kadar pinjaman boleh membuat bayaran permulaan sebelum 1hb ( bagi bulan mula bayar )



( KADAR BULANAN + KOS PERKIHDMATAN ) = JUMLAH PATUT BAYAR 

Kod Urusniaga

01     Yuran
02     Sara Hidup
03     Bayaran balik ansuran pinjaman
04     Bayaran balik ansuran penuh
05     Pemulangan balik pinjaman
06     Pemulangan balik pinjaman daripada peminjam
07     Pemulangan balik pinjaman daripada penyedia latihan
08     Pemulangan balik bayaran BSN
09     Pemulangan bayran balik kepada peminjam
10     Caj Tadbir
12     Insuran
13     Caj tambahan / denda
41     Pelarasan bayaran balik
43     Pemulangan bayaran balik ( hapus kira )
44     Pemulangan bayaran balik terlebih kepada peminjam
46     Pelarasan pemulangan balik bayaran daripada BSN
51     Pelarasan bayaran
52     Batal / Batal Ganti
53     Pelupusan baki akaun
54     Pembatalan caj tadbir
55     Batal cek pemulangan bayaran balik kepada peminjam
56     Pelarasan pemulangan bayaran balik
57     Pembatalan Insuran
99     Lain-lain

Comments (2)

Excellent..

hehe

Post a Comment